EPU Guideline

image_pdfimage_print

BAHAGIAN B- PERKHIDMATAN ELEKTRIK

B1- SISTEM PENCAHAYAAN

1. Pemasangan kelengkapan lampu untuk projek-projek bangunan hendaklah mengambil kira perkara-perkara berikut:

a) harga pemasangan permulaan;

b) penyelenggaraan;

c) caj elektrik yang perlu dibayar;

d) kesesuaian dengan lokasi pemasangan;

e) penyesuaian dengan bentuk dan jenis siling; dan

f) kelengkapan lampu mestilah bercirikan high efficiency dan menggunakan low loss ballast.

2. Pencahayaan bagi setiap ruang perlulah mengikut keperluan manakala designed lux level perlulah mengikut piawaian yang ditentukan sama ada oleh IES atau MS1525 : 2007

3. Pemasangan kelengkapan elektrik di kawasan tepi laut yang terdedah kepada udara laut dan air masin perlulah dari jenis tahan karat.

4. Pencahayaan dan kelengkapan elektrik untuk asrama dan kuarters, sila rujuk Jadual3B-(i) hingga Jadual 3B-(vi).

5. Pemasangan lampu pentas, sistem bunyi dan motorised curtain bagi dewan serba guna, dewan besar dan auditorium adalah dibenarkan.

 

B2- LAMPU KAWASAN, LAMPU LIMPAH DAN LAMPU PAGAR

1. Pemasangan lampu kawasan adalah dibenarkan di sekitar bangunan untuk tujuan keselamatan dan ianya hendaklah dipasang di sepanjang inner road sahaja. Pemasangan lampu dan tiang lampu berhias hanya dibenarkan untuk bangunan di bawah Kategori I seperti yang ditakrifkan di dalam Bab 2 Garis Panduan ini sahaja.

2. Bagi bangunan Kategori II, hanya lampu kawasan dan lampu pagar jenis biasa sahaja yang dibenarkan. Pemasangan lampu limpah pula hanya dibenarkan untuk pencahayaan permukaan hadapan bangunan (façade lighting) sahaja.

3. Pemasangan lampu pagar hanya dibenarkan bagi bahagian sempadan yang menghadap jalan utama sahaja, dengan jarak minimum 6.0 meter antara lampu.

4. Bagi bangunan Kategori III, lampu pagar hanya dibenarkan di bahagian tiang (pillar) di kiri dan kanan pintu masuk sahaja.

5. Bagi kawasan/tempat yang telah diterangi oleh lampu pagar atau lampu limpah, pemasangan lampu kawasan tidak benarkan.

 

B3- SISTEM BUNYI

1. Rawatan Akustik (acoustic treatment) Rawatan akustik perlu dilakukan terlebih dahulu kepada semua ruang tertutup yang memerlukan penggunaan pembesar suara bagi mengelakkan kesan feedback. Rawatan ini perlu dibuat supaya reverberation time yang terhasil adalah sesuai dengan audio/muzik terutama di dalam ruang-ruang seperti dewan besar/serbaguna, auditorium, masjid, surau dan sebagainya.

2. Sistem Pembesar Suara Penggunaan sistem pembesar suara dibenarkan di tempat-tempat seperti masjid, surau, dewan besar/serbaguna/seminar, auditorium, stadium/kompleks sukan dan sebagainya. Saiz dan kerumitan sistem yang digunakan bergantung kepada tujuan dan lokasi sistem ini digunakan. Pemilihan sistem pembesar suara perlu dibuat dengan baik supaya aras tekanan bunyi (sound pressure level) di setiap ruang adalah sesuai dengan tahap kebisingan persekitaran.

 

B4- SISTEM KESELAMATAN DALAM BANGUNAN

1. Card Access System Sistem ini dibenarkan bagi pejabat/ruang kerja yang menghadkan penggunaannya kepada individu/pegawai/kakitangan tertentu sahaja atau mana-mana bangunan/ruang dalam bangunan yang boleh dikategorikan sebagai kawasan keselamatan. Sistem yang digunapakai boleh juga diintegrasikan untuk tujuan lain seperti merekod kedatangan staf dan mengawal pergerakan keluar-masuk kakitangan.

2. Kamera Litar Tertutup (CCTV) Penggunaan sistem ini dihadkan kepada bangunan/ruang/kawasan yang dikategorikan sebagai kawasan keselamatan. Justifikasi tahap keselamatan hendaklah dinyatakan kepada JSK.

 

B5- EXTRA LOW VOLTAGE SYSTEM

1. SMATV/MATV Kebenaran hanya untuk kuarters, asrama dan pejabat bertingkat yang berhubung dengan orang ramai dan mempunyai ruang menunggu yang khusus.

2. Digital Call System
Sistem ini dibenarkan untuk jabatan-jabatan yang mempunyai perkhidmatan kaunter yang berurusan dengan orang awam yang mempunyai ruangmenunggu seperti hospital, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Imigresen dan sebagainya.

3. Conference System Penggunaan conference system di bilik mesyuarat utama adalah dibenarkan jika jumlah ahli mesyuarat di dalam bilik tersebut melebihi 30 orang. Jika jumlah ahli kurang daripada jumlah tersebut, justifikasi keperluan mesti dikemukakan untuk pertimbangan JSK.

4. Sistem Audio Visual Sistem ini dibenarkan untuk dewan seminar, bilik mesyuarat utama dan dewan kuliah utama dengan kapasiti minimum 100 orang. Ruang-ruang lain yang memerlukan, perlulah dirancang supaya boleh digunakan secara gunasama.

5. Display Board System Sistem ini dibenarkan untuk dipasang di lokasi-lokasi tertentu di dalam bangunan-bangunan Kategori 1 seperti yang ditakrifkan di dalam Bab 2 Garis Panduan ini untuk mempamerkan maklumat-maklumat asas kepada orang ramai.

 

B6- JANAKUASA TUNGGU-SEDIA / Uninterrupted Power Supply

1. Bangunan-bangunan keselamatan, hospital, pejabat, kuarters bertingkat dan yang mempunyai keperluan-keperluan kuasa elektrik yang khusus dan berterusan dibenarkan untuk menyediakan janakuasa tunggu-sedia. Saiz dan bilangan janakuasa adalah bergantung kepada beban semasa.

2. Penggunaan Uninterrupted Power Supply – UPS dibenarkan untuk bangunan dan ruang-ruang khusus yang memerlukan bekalan kuasa tanpa gangguan seperti data center dan server, bilik bedah hospital, menara kawalan, pejabat komunikasi polis dan tentera serta makmal-makmal komputer.

 

B7- SISTEM BEKALAN HIBRID
1. Sistem ini dibenarkan untuk kawasan yang tiada bekalan elektrik 24-jam daripada pembekal TNB di Semenanjung Malaysia atau SESCO/SESB di Sabah dan Sarawak.

2. Sistem ini merupakan kombinasi dua atau semua komponen seperti set janakusa, solar panel dan wind turbine. Penggunaan wind turbine dibenarkan di kawasan yang mempunyai corak tiupan angin (wind pattern) yang stabil dan cukup kuat untuk menggerakkan turbin seperti lokasi berhampiran pantai dan pulau.

3. Kajian terperinci berkenaan corak tiupan angin mestilah dibuat terlebih dahulu sebelum kemudahan yang melibatkan sistem bekalan hibrid dilaksanakan. Kajian ini mesti dilakukan untuk tempoh minimum satu tahun dengan bacaan arah dan kelajuan angin diambil setiap jam.

4. Penggunaan set janakuasa perlu dihadkan bagi mengatasi masaalah bekalan bahan api dan penyelenggaraan.

 

B8- KECEKAPAN TENAGA
1. Bagi menerapkan pelbagai aspek kecekapan tenaga ke dalam perkhidmatan elektrik, rujukan secara terperinci perlulah dibuat kepada MS 1525:2007.

2. Aspek yang melibatkan perkhidmatan elektrik adalah merangkumi aspek pencahayaan, permeteran, alat ubah dan sebagainya.

3. Maklumat lanjut berkaitan dengan keperluan kecekapan tenaga boleh dirujuk melalui BAB 4- GARIS PANDUAN BANGUNAN CEKAP TENAGA.

 

Masjid

Surau


One Response to “ EPU Guideline ”

  1. Please note listed here are very helpful yet top quality report facts are really hard to find. Thank you for sharing this.

Leave a Reply