IMAM SYAFIE (Wafat 204H)

*IMAM SYAFIE (Wafat 204H)*

Beliau adalah murid Imam Malik.
Namanya Abu Abdillah,
Muhammad Ibn Idris bin Abbas bin Utsman bin Syafie bin Said bin Ubeid bin Abdi Yazid bin Hasyim bin Abdil Muttalib bin Abdi Manaf Al-Quraisyi.

Kelahiran 150 H. Di Asqalan Palestin. Kemudian ibunya membawanya ke makkah menuntut ilmu disana. Menghafaz Quran didalan usia 9 tahun.

Guru beliau diantaranya didalam ilmu hadis ialah Sufyan bin Uyainah, Imam Malik bin Anas dan lain² lagi.

Beliau adalah seorang Mujtahid Mutlak, pembangun madzhab Syafie. Sangat faqih didalam selok-belok fiqh dan sangat faqih dalam Hadis dan Tafsir sehingga beliaulah orang pertama menyusun Usulul Fiqh dalam menilai hukum berdasarkan dalil² quran & hadis.

Setiap ulama mujtahid itu ada isyarat melalui Hadis Nabi bahawa mereka ini akan lahir. Jika imam Malik ada isyarat dari Nabi yg diihtimalkan kepadanya. Maka imam Syafie juga begitu.

Kata Nabi:
عالم قريش يملاء طباق الارض علما

“Akan ada seorang Alim dari bangsa Quraisy yg ilmunya menyeluruh luas ke serata dunia”.

Diihtimalkan hadis ini kepada imam syafie kerana tiadak ada seorang alim pun dari bangsa quraisy yg sangat alim hingga ilmunya ada zaman berzaman, muridnya serata dunia dan dia menjadi mujaddid fiqh dengan adanya kaedah usul dalam menilai jika masalah itu banyak riwayat dan banyak simpang siurnya dan sebagainya.

Begitu juga ada hadis yg diihtimalkan kepada IMAM ABU HANIFAH yang berlawan dengan Dahri yang mencabar ummat islam dengan katanya “bagaimana ummat islam mengatakan Allah itu ada tetapi tiada bertempat”.
Maka IMAM ABU HANIFAH lah yg menumpaskan hujjah Dahri dan memelihara aqidah ummat islam ketika itu dengan menyabitkan bahawa Allah itu tuhan yang ada yang tidak bertempat. Maka hadis yg diihtimalkan kepada Imam Abu Hanifah pula ialah.

Kata Nabi:
لو كان العلم بالثريا لناله رجل من فارس

“walau ilmu itu berda di bintang yg tinggi iaitu bintang suraya, nescaya akan dapat di dicapai oleh seorang lelaki dari parsi”.

Begitulah beberapa isyarat² dari Nabi tentang ulama² mujtahid.

Al-Umm dan Al-Muzani antara kitab Fiqih beliau yang sarat meriwayatkan hadit dari beliau selain musnad beliau.

Wafat pada 204 H di Mesir bermakam di Mesir.