Bola Sepak Piala Malaysia 2018

Final Piala Malaysia 2018
Perak vs Terengganu
27 Oktober 2018
Stadium Shah Alam

Seperti dijangka, Perak akhirnya layak ke final Piala Malaysia selepas berjaya menjinakkan Sabah di saingan separuh akhir dengan agregat 7-2.

Lawan mereka di pentas final nanti ialah Terengganu. Ulangan final 1998 (Perak menang 5-3 penentuan penalti) dan 2001 (Terengganu menang 2-1).

Perak juga pernah bertemu Terengganu dalam final Piala FA 2004 – Perak menang 3-0.

Sebab saya penyokong Perak, meh kita usya beberapa fakta menarik pasal team The Bos Gaurus ni.

– 18 kali layak ke final Piala Malaysia dan Piala HMS Malaya.
– 7 kali juara (1926, 1931, 1957, 1967, 1970, 1998 & 2000)
– 5 kali final Piala FA
– 2 kali juara Piala FA (1990 & 2004)
– 2 kali juara Liga Perdana 1 (2002 & 2003)
– 3 kali juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Piala Sumbangsih) (1999, 2005 & 2006)
– Pasukan ketiga paling banyak menang Piala Malaysia selepas Selangor dan Singapura.

Kapten Paling Sukses

1. Ahmad Shahrul Azhar – Piala Malaysia (1), Piala FA (1), Liga Perdana 1 (2), Piala Sumbangsih (2)
2. Roslan Hamid – Piala Malaysia (1), Piala Sumbangsih (1)
3. Azizol Abu Haniffah – Piala FA (1)

Coach Paling Sukses

1. Tony Netto – Liga Perdana 1 (2), Piala FA (1), Piala Sumbangsih (1)
2. Karl Heinz Weigang – Piala Malaysia (2), Piala Sumbangsih (1)
3. Steve Darby – Piala Sumbangsih (2)
4. Datuk M Karathu – Piala FA (1)

Player Import Legenda

1. Jang Jung (Korea Selatan)
2. Kyi Lwin (Myanmar)
3. Aung Naing (Myanmar)
4. Shukrat Khalmizaev (Uzbekistan)
5. Moustava Belialov (Uzbekistan)
6. Marshall Soper (Australia)
7. Warren Spink (Australia)
8. Joe Caleta (Australia)
9. Laszlo Repasi (Hungary)
10. Frank Seator (Liberia)
11. Keita Mandjou (Guinea)
12. Paulo Rangel (Brazil)

Pemain Tempatan Legenda (pure anak jati Perak. Bukan import negeri lain tau)

1. Azizol Abu Haniffah (midfield yang tiada galang ganti)
2. S Silvarajoo
3. P Ravindran
4. Mohd Nidzam Adzha
5. Mohd Ali Jinnah
6. Chan Kok Heng
7. Chong Kim Boon
8. Zaidi Nafiah
9. Ahmad Shahrul Azhar
10. Syamsul Saad
11. K Nanthakumar
12. Khalid Jamlus
13. V Saravanan
14. Indra Putra Mahyuddin
15. Shahrulnizam Mustapa

Perak sinonim dengan yang PERTAMA

1. Juara pertama Piala Malaysia (1967 – sebelum tu dikenali sebagai Piala Malaya atau Piala HMS Malaya)
2. Juara pertama Piala FA (1990)
3. Juara pertama Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil (1998)
4. Juara pertama Piala Malaysia alaf baru (2000)

Serba sedikit rekod Terengganu

– 5 kali layak ke final Piala Malaysia (1973, 1982, 1998, 2001, 2011)
– 1 kali juara Piala Malaysia (2001)
– 4 kali final Piala FA (1999, 2000, 2004, 2011)
– 2 kali juara Piala FA (2000, 2011)
– 2 kali final Piala Sumbangsih (2001, 2002)
– 1 kali juara Piala Sumbangsih (2001)
– 2 kali juara Liga Perdana 2 (1990, 1998)

1998
– Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed
– Perancis juara Piala Dunia
– Final Piala Malaysia, Perak vs Terengganu
-Jurulatih import Perak (Weigang) vs jurulatih tempatan Terengganu (Abd Rahman Ibrahim)
– Juara Piala Malaysia, Perak

2018
– Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed
– Perancis juara Piala Dunia
– Final Piala Malaysia, Perak vs Terengganu
-Jurulatih import Perak (Mehmet Durokovic) vs jurulatih tempatan Terengganu (Irfan Bakti)
– Juara Piala Malaysia? Hehehe