Ustaz Hj. Ismail Osman

image_pdfimage_print


Tazkirah Untuk Renungan Bersama

image_pdfimage_print

⚠⚠Buat Renungan kita bersama. Teguran dari Allah.⚠⚠

Buat ibu bapa yang ada anak lambat dapat mengaji quran dan membaca.
Baca lah perkongsian Ustazah Hafizah yang ‘ditegur’ Allah saat menghadapi kesusahan dalam mengajar anak nya mengaji.

Ustazah Hafizah menceritakan bahawa dia mempunyai seorang anak lelaki yang lambat dapat mengaji.

Kata Ustazah anak nya itu lahir lahir sahaja sudah lemas dan terpaksa duduk di NICU selama seminggu.
Anak itu istimewa sikit kerana lambat boleh bercakap dibandingkan dengan anak anak yang lain.
Lambat boleh bercakap.
Lambat boleh membaca.
Lambat mengenal huruf.
Lambat membaca quran.

Ustazah ajar setiap hari anaknya tapi dia lambat untuk faham, walau di ajar berkali kali.

Bila anaknya itu ke sekolah, ustazah di sekolah juga berasa sukar untuk mengajar anaknya. Sampai ustazah tanya
” Tak mengaji kat rumah ke?”

Si anak menjawab jujur.
” Mengaji ustazah”

Lalu ustazah ini ‘soal siasat’ siapa emaknya.
Terkejut ustazah bila tahu ibunya adalah Ustazah Hafizah.

Jadi, bila si anak memberi tahu siapa dirinya, ustazah berasa sedikit tertekan.

Ustazah kata dia malu dan segan. Yelah, anak ustazah tapi baca quran kurang lancar.
Macam mana?

Kemudian ustazah ‘push’ anaknya setiap hari untuk baca quran dan ustazah menjadi garang.
Sampaikan ustazah kata anaknya menjadi takut kepadanya.

Ustazah ajar berkali kali.
Masih juga tak dapat.
Sampai ustazah jadi frust dan dia berhenti menyuruh anaknya mengaji.

Lalu ketika itu dia membuka al-quran dan membaca surah yang dibukanya secara random, dgn izin Allah maka terpampang di hadapan ustazah Surah Ar Rahman Ayat 2 yang bermaksud… “Dialah yang mengajarkan Al-Quran”

Jika kita belek tafsir quran maksudnya adalah….
Allah sendiri yang mengajar Qur’an kepada kita, bukan orang lain.

Guru atau ustaz yang mengajar itu hanya menyampaikan sahaja. Tapi yang memberi pemahaman adalah Allah sendiri.

Akhirnya, pemahaman itu dari Allah juga. Kalau Allah tak beri, kita pun tidak dapat.

Kadang-kadang, pengajaran yang diberikan sama, tapi pemahaman anak tidak sama.

Dua orang murid duduk dalam kelas yang sama, ‘follow’ pembelajaran yang sama, tapi kadang kadang pemahaman mereka tidak sama.
Ini menunjukkan pemahaman itu diberikan oleh Allah.

Ini menunjukkan Allahlah sebenarnya guru yang mengajar.

Ada orang yang Allah mudahkan penerimaan ilmu, namun ada orang laluan menuju ilmu itu terasa gelap dan payah.
.
Jadi ustazah kata, bila dia baca surah itu dia terasa tersentak.
Bagaikan ditegur direct dengan tuhan.

Ustazah rasa bersalah kerana marah anak nya yang lambat faham bila diajar.

Ustazah rasa kesal kerana tidak meminta pertolongan dari Allah untuk memahamkan anaknya.

Kata Ustazah, dalam mengajar anak. Jangan rasa anak akan faham dengan kehebatan kita mengajar.
Tetapi semua itu atas bantuan tuhan-Dia yang memberi kefahaman kepada anak kita.

Sejak hari itu ustazah fokus kepada meminta kepada ALLAH supaya anak diberi kefahaman.
Ustazah tidak fokus untuk mengajar anak tanpa henti.
Tetapi ustazah kata ajar sedikit sedikit dan banyakkan mengadu dan memohon kepada Allah untuk kefahaman si anak.

Lama kelamaan anak ustazah mampu membaca quran perlahan lahan dan akhirnya alhamdulillah kini menjadi hafiz☺

Belajar sesuatu tak?

Kalau ada anak yang lambat begini jangan marah anak kerana lambat faham.
Tetapi sebaliknya mengadu lah pada Allah- Dia memberi faham.

Kita usaha untuk mengajar anak, tetapi dalam masa yang sama jangan hanya berharap kepada kekuatan diri kita sahaja untuk membuatkan anak faham.
Tetapi berharap lah pada Allah untuk membantu kita.

insyaAllah….

Sumber;
*Copy dan Paste*
*Pengetua DMoSS*


Rezeki….. Amalkan… insyaallah….

image_pdfimage_print

Assalamualaikum w.b.t,
Salam Jumaat penghulu segala hari,

Rezeki yang sedikit tetapi diberkati Allah adalah lebih baik dan tinggi darjatnya berbanding rezeki yang banyak tetapi tidak diberkati.
Tidak menjadi soal sama ada banyak atau sedikit rezeki itu. Apa yang lebih penting adalah rezeki yang cukup. Biar sedikit asal cukup daripada banyak tapi sering tidak mencukupi. *Sesungguhnya rezeki Allah itu cukup luas*.

Bagaimana cara untuk memastikan hidup sentiasa dilimpah kurnia dengan nikmat rezeki?
Amalkan 7 zikir ini.

1. Memperbanyak membaca – *La Hawla Wala Quwwata Illa Billah*

Maksud: Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.

Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah. (HR. At-Tabrani)

*2. Membaca – La Ilaha Ilallah Al Malikul Haqqul Mubin*

Maksud: Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah yang Maha Benar lagi Maha Nyata.

Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illalla al malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)

*3. Membaca – Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil ‘Adziim*

Maksud: Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.

Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

*4. Membaca Surah Al-Ikhlas*

Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkat bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya. (HR. At-Tabrani)

*5. Membaca Surah Al-Waqi’ah*

Barangsiapa membaca Surah Al-Waqi’ah setiap malam maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup. (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

6. *Memperbanyak selawat ke atas Nabi*

Dari Umar bin Khattab dari Nabi Muhammad SAW bersabda: Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat.

(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. *Melazimkan beristighfar*

Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak pernah diduga. (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

Juga, amalkan membaca doa murah rezeki ini:

Ya Allah,
Berikanlah kepada kami rezeki yang luas
Kurniakanlah kepada kami rezeki yang Halal lagi baik tanpa memberatkan kami

Ya Allah,
Jika rezeki kami ada di langit maka turunkanlah
Jika ada di bumi maka keluarkanlah
Jika jauh maka dekatkanlah
Jika dekat maka mudahkanlah
Jika sedikit maka banyakkanlah
Jika banyak maka berkatilah
Agar kami dapat menolong anak-anak yatim, fakir miskin, dan mereka yang dalam kesusahan dan kedaifan.

Ya Allah,
Kabulkanlah doa kami
Amin Ya Robbal ‘Alamin.

Semoga Allah Memakbulkan doa kita semua. Semoga bermanfaat InsyaAllah.


Tazkirah

image_pdfimage_print

Salam Zohor….

💚 *Hati manusia adalah terlalu unik, berbolak-balik, liar dan sifatnya. tidak ada sebarang alat atau kaedah yang mampu menguasai hati. hati itu milik Tuhan bukan milik tuan. dan hanya Allah sahaja yang mampu menguasai hati manusia.. belajarlah ikhlas dalam setiap amalan yang dikerjakan kerana ia merupakan satu usaha untuk merawat penyakit hati..*


Blood Pressure Chart By Age

image_pdfimage_print